Wednesday, June 11, 2008

Galeri Sains SMK. Simpang Rengam terdiri daripada:

Galeri CD
-mengumpulkan semua CD yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dimulakan.
-Dianggarkan terdapat lebih daripada 200 keping Cd yang terdiri daripada CD Kimia, Biologi, Fizik dan Sains dari Tingkatan 1-5.
-Dengan adanya kemudahan ini guru dapat menyampaikan p&p dengan lebih berkesan kepada para pelajar.
-Galeri ini ditempatkan di dalam bilik persediaan makmal sains.

Ruangan Pameran
-Sudut pameran berkaca diletakkan di koridor makmal.
-Di dalamnya dipamerkan model-model yang digunakan oleh guru dalam P&P seperti struktur atom, model jantung,dan banyak lagi.
-Secara tidak langsung ruangan ini menjadi daya tarikan kepada pelajar ke arah bidang sains.

Galeri Herba
-Sudut ini diletakkan di bawah tangga antara blok B dan C.
-Di sini terdapat informasi berkenaan dengan herba-herba yang ditanam di Taman Herba sekolah.
-Sebuah kerusi taman diletakkan di sini agar pelajar dapat beristirehat sambil membaca.
-Ia dibangunkan bersama oleh Pn. Norazian Abu dan Pn. Siti Hafizah bt Hamid